KENALI KPDPB
Koperasi ini telah didaftarkan pada 19hb Ogos 1986 dibawah usaha Yang Bahagia Dato’ Haji Idris Denan DSSA., SMS., KMN., Pegawai Daerah Petaling bersama dengan Penolong Pegawai Daerah, Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dalam daerah Petaling.
Peringkat awal, Koperasi ini telah dinamakan KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH PETALING GOTONG ROYONG BERHAD, melalui suatu pindaan undang-undang kecil di bawah seksyen 18 (3), Akta Koperasi 1993, pada 14hb Disember 1995 nama koperasi telah dipinda kepada nama KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH PETALING BERHAD, bagi mengimbangkan arus pembangunan yang begitu pesat.
Pendaftaran untuk menjadi anggota koperasi RM 2.00 dan pembelian saham minima RM 10.00. Tahun 1989 pendaftaran minima saham telah dinaikkan kepada RM 5.00 dan RM 100.00. Selepas pindaan undang-undang kecil koperasi pada 1995, bayaran pendaftaran masuk menjadi anggota koperasi telah dinaikkan kepada RM 10.00 dan pembelian saham minima kekal RM 100.00.
Pindaan Undang – undang Kecil pada 10 Ogos 2006 telah meluluskan bahawa saham minima untuk menjadi anggota koperasi telah dinaikkan dari RM 100.00 kepada RM 500.00, bayaran pendaftaran anggota kekal RM 10.00.
OBJEKTIF
Objektif utama penubuhan koperasi ialah untuk menyatupadukan penduduk-penduduk dalam daerah Petaling khasnya Bumiputra dengan tujuan mengumpulkan modal bagi menjalankan kegiatan yang boleh meningkatkan taraf ekonomi anggota-anggotanya.
Bagi mencapai objektif ini anggota-anggota perlu bekerjasama dan memberi sokongan padu kepada pentadbiran koperasi supaya dapat menjalankan koperasi dengan selesa untuk bergabung, usahasama dengan koperasi lain, agensi kerajaan dan swasta.
AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK)
Encik Ramli bin Daud
ANGGOTA LEMBAGA
Dr. Haji Nik Rashid bin Ismail
ANGGOTA LEMBAGA
Puan Nasibah binti Ahmad
ANGGOTA LEMBAGA
Encik Mohammad Wazir bin Jahilan
ANGGOTA LEMBAGA
Encik Syamaizar bin Abu Bakar
ANGGOTA LEMBAGA
Puan Roziah binti Mohamed
ANGGOTA LEMBAGA
Puan Norliza binti Sahib
ANGGOTA LEMBAGA
Encik Sanapi bin Ahmad
ANGGOTA LEMBAGA
KAKITANGAN
En. Muhammad Rafiq Bin Abdullah Husmin
PENGURUS KANAN KOPERASI
Cik Nurul Atifah Binti Sabary
PENGURUS KEWANGAN
Encik Muhammad Amirul Din Bin Ismail
PENGURUS HARTANAH
Puan Siti Nur Atiqah Binti Syed Ramli
PENOLONG PENGURUS